California #8

dia catatkan sesuatu pada buku notanya. pada ulang tahun kelahirannya bulan hadapan dia mahu pulang menemui kedua orang tuanya. mahu khabarkan berita gembira bahawasanya dia akan terus menetap di bumi kelahirannya. dia muak berada jauh di mata yang tersayang.

khabar gembira ini dia tidak luahkan kepada sesiapa. takut-takut apa yang dirancangnya akan gagal. dia kenal benar dengan sahabat-sahabatnya di sini. hasutan mereka lebih berapi lebih mujarab daripada hasutan syaitan itu sendiri. dia sendiri selalu mengalah dan berani mengalah sebelum berjuang apabila berada di sisi sahabat-sahabatnya di sini. mereka-mereka itu umpama malaikat, yang sentiasa menjaganya walaupun kerja-kerja yang mereka ajakkan itu adalah kerja-kerja syaitan belaka.

tersenyum panjang dia bila terkenangkan sahabat-sahabat-susah-mati-nya di sini.

terlalu asyik dia menulis, tiba-tiba terdegar bunyi piano dimainkan. eh ab ang Saf?terdetik dihatinya. dia bingkas bangun dan menjengah sedikit ke ruang halaman apartmennya. dia tersenyum lagi. perlahan-lahan dia berjalan untuk mendapatkan abang kesayangannya itu. dia peluk erat tubuh yang sedikit gempal itu. walaupun bau pemilik badan itu berbau labu basi.

"kenapa balik? rindu saya eh?" sambil terkekeh-kekeh mentertawakan lelaki itu.
"balik pun salah" Saf bernada ego.
"eleh konon, cakap jelah rindu. em ada benda nak cakap, tapi.."
seraya itu telefon bimbit Saf berbunyi, tetapi Saf tidak mengendahkannya lalu terus mematikan telefonnya.
"benda apa?" ucap Saf
"rahsia!" sambil dia senyum menampakkan gigi. terus Saf menujal kepalanya dan memanggilnya perempuan bodoh. dia hanya mampu ketawa sampai merah padam mukanya. mengusik Saf bukanlah perkara yang dia gemarinya. kerana dia tahu Saf bukan seorang yang mudah diajak bergurau. dulu, Saf ditinggalkan Ayu pun sebab Saf dikatakan sangat menjengkelkan- untuk diajak bergurau adalah perkara yang terakhir yang Saf akan lakukan.

Saf terus melagukan nada menggunakan jari jemarinya. Saf sedikit berkhayal petang itu. nafasnya sedikit mendengus. rambutnya yang selalu terurus itu ada kalanya sedikit berombak ditiup angin di luar jendela. dia mengambil kesempatan itu menyandarkan kepalanya di bahu Saf. walaupun bau Saf tidak berapa menyenangkan, namun dia selesa. dia begitu mahukan saat-saat ini. saat berucap sayang walaupun tidak diluah melalui perkataan.

jiwanya petang itu seperti ditarik untuk sama berada disisi mendiang kekasihnya. dia rindukan Sean. terlalu rindu. dan dia kini, turut sama berkhayal.

1 comment:

Anonymous said...

I enjoy reading write-up. Hope i can discover a lot more articles like this one. Thanks for posting.
HTTP://www.CoolMobilePhone.net