Sepatu velvet merah


aku hadiahkan sepatu velvet merah ini ke atas diri aku sendiri. aku beli dengan ikhlas hati, guna wang sendiri. aku ingat nak jadi Jason Mraz versi perempuan since aku rasa Gotye adalah Bjork versi lelaki. aku ni bukan hebat. aku pun memang tak pernah dengar orang kata aku hebat. tapi kucing aku selalu kata aku ni hebat. aku tak pasti apa motif dia sebab tiap kali dia kata aku hebat, mesti dia selitkan niat dia untuk tidur dengan aku.

aku main gitar juga kadang-kadang. aku pernah ubah lagu. aku tulis lagu juga bila aku rasa ada lagu dalam jantung aku yang tak boleh disampaikan secara terus kepada yang berhak. jadi, aku hadiahkan tulisan-tulisan lagu itu kepada kawan-kawan. aku rasa aku silent song-writer. rasa lah. selagi rahsia belum bocor.

sebab tu aku nak jadi Jason Mraz. tapi sebenarnya aku bosan dengan gitar. sebab aku ni lembap. lembap dan malas bila digabungkan telah menjadi satu perkataan yang manis seperti "bangang nak mampos". padahal semalam baru buat intro lagu, 15 minit kemudian aku dah lupa. kan bahalol nak meninggal namanya tu.

taklah. yang jujurnya, aku takda roh seni yang ditiupkan. aku ambil jurusan sastera dulu pun bukannya ikhlas. sebab mak nak aku belajar. jadi aku buat. dan akhirnya aku ke tasik. nasib baik mak aku cool, tak bising-bising. asalnya nak sangat aku jadi seorang guru. seorang pendidik.

kan aku masih lagi pendidik. aku mendidik diri aku sendiri. itu lagi baik. walaupun telah gagal berkali-kali. biarlah. biar gagal namun aku masih mencuba terus-menerus. untuk dapatkan sijil sarjana hidup sendiri.
hey, terasa nak ketawa dengan apa yang aku tulis hari ni. 

aku hadiahkan sepatu velvet merah ini ke atas diri aku sendiri. untuk aku terus berani berjalan. biarkan aku riak, asal aku penuh keyakinan. aku tinggalkan sepatu-sepatu yang lain. sebab dah tak selesa nak pakai. berbau kaki-kaki busuk. berbau jalan-jalan jahanam. aku telah pun berhati-hati. pijak tanah pun seram apalagi nak pijak lecak. ke engkau orang sebut becak?

jadi, aku hadiahkan sepatu velvet merah ini ke atas diri aku sendiri. 

5 comments:

ana said...

pasti kecintaan terhadap diri sendiri itu kita dahulukan...kan?

NA said...

ya, aku rindu diri aku sendiri. terlalu rindu

miza kimbum said...

umphh...sungguh mendalam .

Miss Euphoric said...

Aku pun kadang rindu diri aku yang dulu

Miss Euphoric said...

Aku pun kadang rindu diri aku yang dulu