Nak tulis macam dulu-dulu

Sebab, semua benda boring this lately. Twitter boring, Facebook boring, Ig boring. Tapi boring jugak kat blogspot ni sebab dah tak ramai yg update blog. Rindu kan?

Things changed

Things changed three hundred and sixty degree.

We went well.

selamat hari ibu

dulu masa sekolah rendah, bila time nak dekat hari ibu mesti pihak sekolah ada jualan/tempahan bunga. aku tak pernah lepas nak tempah/beli masa tu.

dulu masa aku kecik masa time2 sekolah rendah aku selalu kena buat kerja rumah. aku anak perempuan sorang dlm adik beradik so takde siapa lagi yang boleh diharapkan oleh mak aku selain aku. silap haribulan kalau aku termiss buat kerja rumah mak aku mesti balik dari kerja marah2 kat aku padahal bukan aku yang kaki sepah.

so, berbalik kepada jualan bunga kat sekolah  bila time2 dekat hari ibu, aku selalu belikan untuk mak aku. aku akan letak dekat bilik dia senyap2 waktu dia mandi ke apa ke lepastu bila dia ternampak bunga tu mesti dia happy, dan dia akan puji aku depan adik beradik lain. sebab aku je yang akan ingat hari ibu/hari jadi dia. dengan harapan bunga yang aku kasi kat mak tu buatkan dia berhenti marah2 kat aku.

budak lagi masa tu, all I wanted so bad is rasa sayang. masa kecik aku selalu kena marah kena pukul sampai satu tahap aku rasa aku ni anak angkat je kot. dan berharap jugak masa tu ada orang lain mengaku aku ni anak kandung dorang yang sebenarnya. tinggi sangat imaginasi. dah besar2 ni rasa bodohnya ada perasaan macam tu masa kecik hahaha

bunga yang sekolah jual tu harga rm3 rasanya, dah tak ingat dah. time tu memang rasa mahal sangat tapi untuk dapatkan perhatian mak, aku beli jugak. walaupun aku terpaksa curi duit bapak aku time tu. yelah, duit sekolah sendiri mana ada aku saving, baik beli makan ye tak?

hahaha

selamat hari ibu kepada ibu2 seluruh dunia.

p/s jangan risau, aku tak pernah marah dendam kat mak aku pun. aku memang sayangkan dia. banyak benda aku belajar dari mak. kalau tak, takde lah suami aku puji masakan aku sedap. hari2 pulak tu puji :D

Indahnya hidup

Tiap2 kali aku baca cerita pasal pregnancy, tiap2 kali tu aku jadi amat sedih. Sedih dalam gembira pun ada. Betapa besarnya kuasa Allah tu mencipta manusia. Betapa kerdil hinanya hamba ni kalau tak bertakwa kepada Dia.

Aku jadi insaf. Betapa segala nikmat yang Dia beri kadang aku alpa bersujud. Apa lagi yang perlu aku pinta? Tiada. Aku punya keluarga bahagia. Suami yang begitu prihatin, masih punya mak ayah yang sentiasa mengambil berat pasal aku, punya adik beradik yang ada selalu kat hati walau jauh di mata. Gitu!

Haha

Sekarang, aku punya nikmat paling terindah Allah hadiahkan. Aku malu meminta2 lagi. Tapi cukuplah kalau2 Allah izinkan kami sentiasa berada di bawah lindunganNya. Cukuplah diberi kesihatan yang baik kepada kami, rezeki yang melimpah, dan tetapkanlah iman kami supaya sentiasa bertakwa kepadaNya.

Amin ya rabbalaalamin..

Perempuan

perempuan dan sensitif sangat tak boleh lari jauh. macam kawan baik.ada part time2 nak menses tu dia punya perasaan sensitif, sedih memang tak mampu nak dibendung. yang jadi mangsa tentulah orang tersayang.

benda perempuan dan sensitif ni aku refer kat diri sendiri. aku tak mau relate kat siapa2. sebab mungkin ada yang tak setuju.

sebagai contoh pagi ni aku punya perasaan sedih tu tak boleh cover bila aku tengok gambar kucing. aku punya perasaan tu sayu2 je. teringat gelagat kucing yang manja. tengok video2 kucing sampai almost rasa nak nangis. sebab sedih sangat. sedih sebab tak dapat pegang kucing tu. nasib aku kat office ni jadi aku kawal perasaan dan cepat2 pergi toilet.

apa pelik sangat feeling ni kan?

tu kalau tengok gambar kucing. macam semalam masa aku balik dari tempat kerja bila drive bila ada jalan sempit yang masing2 pemandu kena bertolak ansur untuk beri laluan orang lain dulu, aku behenti untuk bagi kereta lain lalu. padahal ikutkan aku boleh jalan dulu sebab kereta tu agak jauh jugak. kalau ikut tak toleransi aku, kereta tu kena behenti sebab laluan tu laluan aku. bila aku behenti dan beri orang demekian lalu, orang tu beam lampu tinggi dan dia angkat tangan tanda terima kasih. aku punya perasaan masa tu, rasa terharu gila sebab aku buat baik dekat pemandu lain. aku ada feeling macam, macam, macam... nak nangis beb.

haih

tulah dia antara perempuan dan sensitif.

halus perasaan perempuan ni. benda2 macam ni pun boleh sedih.

berbalik kepada cerita kucing, aku doa tinggi2 kepada Tuhan supaya husband aku izinkan bela kucing. sebab dia tak bagi aku bela sebab sebenarnya aku alahan kat haiwan comel banyak bulu dan berperangai pelik ni hmmm