Aku ada masalah tidur. Aku taknak tidur, sebab tu je masa yang aku ada untuk aku buat apa aku nak. Nak surf internet, dengar lagu kesukaan, planning macam2 untuk masa akan datang, layan Netflix/Youtube. Chatting dengan kawan? No... aku rindu kawan2 aku.
Kau tahu apa? Everytime kita Whatsapp, kita selalu cerita benda2 lama. Benda lepas. Benda dah nak dekat 10 tahun lepas. Tiap kali kita taip “kita ni suka throwback” tiap kali tu aku rasa nak taip “tu je memori yang kita ada” sebab, lepas habis sekolah, kita sibuk hal kerja/hal kolej. Betapa kita jauh. Jauh beribu zaman. Selalu kan kita taip “dulu2 dah habis” tapi kan, kita tetap ada cerita nak cerita kat Whatsapp, cerita dulu2 kita. Sebab, tu je memori yang kita ada.
Things changed!
Tulah masalahnya. Bila tak tidur suka throwback. Sebab aku taknak tidur. Kalau aku tidur aku tak dapat buat apa aku nak.
Tidur tu boring. Sebab tidur aku tak macam dulu. Kejap anak bangun. Kejap2 lagi dia bangun lagi. Tak sabar nak tunggu dia tidur malam nyenyak. Tapi tulah nanti aku rindu pulak kat dia bila dia dah besar.
Ada banyk benda nak taip bila tak tidur ni. Cukup lah setakat ni. Aku taip lagi kat sini sebab aku cuba nak luahkan sesuatu. Tapi sesuatu tu yg sebenarnya aku tak boleh luah kat siapa2. Ahh susahnya tak boleh tidur ni.
Hahahaha
No comments:
Post a Comment