Kepercayaan dan kesetiaan

Dulu masa aku budak2 dulu aku ada bestfriend. Friend aku rasa paling best setakat abad itu. Dia tua setahun je daripada aku. Masa tu zaman kakak angkat adik angkat abang angkat etc.. so sebab kan dia tua setahun jadinya, dia lah kakak angkat aku. We are good to each other. I dont have sister, so I think  by that time she is the best I ever had. Mana2 dia pergi dia bagitahu lah aku ni adik angkat dia. Kalau orang lain nak amik aku jadi adik angkat dia tak suka dia marah  dan dia akan sebarkan kebencian kepada aku buat orang yg kononnya nak jadikan aku adik angkat tu. begitulah kisahnya. Kisah keakraban kami berdua. Main, makan, mandi, tidur bersama.

Tapi, pada satu ketika, masa aku ada pakwe. Okay masa sekolah dulu ada pakwe. Pakwe ni pulak dari  zaman kecik2 dah kenal. Sama lah macam bestfriend aka kakak angkat aku tu dah kenal dia dari masa kecik2 lagi. Alkisah kami semua tinggal satu taman. Pada ketika sibuk bercinta bersama pakwe(pakwe sekolah lain, aku sekolah lain) aku pulak ada tersuka kat budak lain sama sekolah aku. Yelah pakwe sekolah lain bosanlah kan takde teman nak pergi kantin sama2, balik jalan kaki sama2. Long story to short, kantoi pulak dengan pakwe aku yg aku cuba bermain kayu tiga. Jadinya, pakwe cuba nak bergaduh dgn si crush ni and tetiba pakwe terus tukar satu sekolah dgn aku. Korek punya korek punya korek rupanya kakak angkat aka bestfriend aku ni yg pecahkan lubang kat pakwe aku ni rupanya. Kakak betul si pakwe backing aku masa tu, dia tak percaya si kakak angkat aku ni boleh cerita buruk belakang adik angkat sendiri. Jadinya, si pakwe maafkan aku. Jadinya, dorang semua tuduh yg kakak angkat aku ni syok kat pakwe aku sebenarnya. Aku pulak, terus perlahan2 slow2 jauhkan diri dari kakak angkat aku ni.

Haritu, aku faham rasanya dikhianati. Kenapa kita rasa orang ni macam famili kita dah tapi dia boleh bukak pekung kita. Tapi masa tu aku rasa aku budak lagi jadinya aku terus tiba2 jauhkan diri dari dia, elak berjumpa, terus tukar bas pergi/balik sekolah(sebelum ni satu bas), dia takde datang explain apa2. Tapi aku rasa dia faham kenapa tiba2 aku jauh dari dia, dia mungkin tahulah kenapa tiba2 aku tak datang rumah dia dah sejak haritu. Aku pun biarkan. Masa tu aku dah happy dengan kawan baru. Pakwe pun aku dah clash masa tu. sebab pakwe aku pun rupanya lagi gatal dengan budak lain kat sekolah lain haha

Macam mana kecewa aku pada hari itu, walaupun budak(15 year old), aku masih rasa terkesan. Aku jadi benci orang yg dipanggil famili sebenarnya senang2 je menjadi penikam. Menjadi batu api pun ya. Senang2 dia hilangkan rasa percaya kita kepada dia. Aku faham, sebab sebenarnya aku dengan dia bukanlah siapa2. Takde setitik darah dia mengalir dalam darah aku pun. Aku faham, we are just close to each other. Takde the real family relation pun exactly.

Pada hari ini, hadirnya lagi rasa kecewa paling dalam tu. kecewa betapa kepercayaan yg telah  dibina dalam sesebuah keluarga hancur begitu sahaja. Sungguh terkesan. Kenapa? Bukankah kita selalu perlu satu sama lain? Bukan darah kita mengalir darah sama? Bukankah kepercayaan kesetiaan itu perlu dipegang kuat oleh kita? Sedih. Orang yg kita percaya merosakkan lagi rasa hati ini.

Kalau harini pakwe kau kantoi main orang lain, sakitnya hati kau rasa. Harini aku lagi rasa sakit hati lebih daripada kau sbb orang yg mengkhianati aku adalah saudara aku sendiri. Pakwe kau boleh ganti lain. Saudara kau sendiri? Kau boleh buang? Terpaksa tonton muka dia lagi disetiap famili gathering,di setiap majlis2 orang mati, di setiap hari hari raya, di setiap hari hari kau.

Patah hati aku harini, rasa dia macam tak boleh diungkap. Terlalu sedih. Sampaikan aku lupa, aku menyayangi orang yg terlalu melukakan aku itu.

Rasa ni sama macam rasa dulu2 tu. cuma kali ni aku tak tahu nak hadapi situasi ni macam mana.

No comments: