California #7

"tenang jiwa dengar abang main piano"
"patutnya kau tenang bila lepas kau jumpa Tuhan. bukan dengan dengar aku main piano"
senyap suasana seketika.
"kau taknak belajar? meh lah aku ajar" Saf cuba menarik balik kata yang diucapkan sebentar tadi. memujuk. kelihatan wajah dia terasa sedikit bersinar.
"nak. tapi bukan sekarang. saya letih lah bang" ucap dia dalam nada sugul. dia lalu bangun menuju ke dapur. mengambil minuman dan terus berdiri di sisi Saf. Saf memandang dia sambil tersenyum ringkas.
"aku dulu nak tackle Ayu dengan main piano je. meleleh-leleh air mata dia. hahahahaha" sambil terus-menerus menekan-nekan kunci-kunci piano.
"I know you miss her. keluarlah bang! pergi keluar teroka dunia. tempat abang bukan kat sini. pergi balik jumpa mama, jumpa papa. I know you miss them too" dia cuba menyampaikan sesuatu. dengan sedikit riak wajah tanda bergurau.
"kau tak tahu apa-apa. baik kau diam" sedikit keras suara yang ditekan. senyap lagi suasana ruang itu. Saf berhenti bermain. dan lantas bangun dan membiarkan dia seorang di sisi piano milik tuan rumah sewa aparmentnya itu.

sekilas lalu, kedengaran bunyi pintu yang dihempas dengan agak kuat. dia hanya mampu menghela nafas panjang. susah benar hendak bercakap sebagai orang dewasa dengan lelaki yang sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saf lahir di rumah anak-anak yatim, dan telah diambil oleh mama dan papanya tika itu untuk dijadikan anak angkat oleh keluarga itu. pada ketika umur dia baru mencecah awal satu tahun.

selama dia membesar bersama Saf, dia menyaksikan banyak sakit perit yang abang angkatnya itu lalui. kerana itulah dia lari meninggalkan tanah air dan turut menjejakkan kakinya ke sini. sebagaimana dia mahu lari dari sakit perit saki baki yang turut sama Saf lalui. sedangkan peristiwa hitam yang dia lalui itu tidaklah setanding mana dengan apa yang berlaku pada satu-satunya insan yang dia rasakan tiada jurang dalam talian persaudaraan. tetapi Saf selalu meletakkan tanda beban pada bahunya sendiri kerana Saf merasakan kehadiran dia cuma sekadar untuk memujuk.

memikirkan Saf tiada gunanya. dia membakar rokok Saf yang dicurinya tadi ketika Saf kusyuk bermain piano. sambil memandang ke luar jendela, otaknya ligat memikirkan tentang Sam. lelaki yang jatuh hati padanya  yang kini telah bercinta dengan Sophie- sahabat baiknya sendiri.

1 comment:

SepatuKayu said...

Yang ini boleh sy cakap ia 'lain daripada yang lain'?