Aku garikan syaitan aku pada penjuru bilikku.

ada masa-masa aku fikir macam perlunya aku buang segala sumpah seranah yang selalu tersiap main dalam hati aku. pada tiap pagi, pada waktu aku sendiri, pada aku labuhkan mata untuk berehat.

ada ketika-ketika aku harus bunuh bayangan benci yang terpasang rapi mendampingi aku. pada tiap-tiap jalan yang aku lalui, pada cerita-cerita baru yang aku mahu tontoni.

tapi, yang sungguhnya merasa sakit itu cuma aku sendiri. apa adil untuk aku tidak membenci? apa mampu aku buang semua? cukup gagahnya aku pertahankan rasa kemenangan dalam membenci ini, ada sekelumit, yang sekecil zarah, yang ya, aku merindui.

wahai manusia berkepala anjing berbadan babi, aku masih harap kau mati dalam keadaan terpaling sadis.
AH!

1 comment:

Felly Sophia said...

Link blog sudah ditukar. :)