Tanah air, kawan seberang tambak, muda.

Kalau kau rasa aku layan Sigur Rós sebab masa tu tengah trending dekat Twitter maknanya kau bukanlah golongan manusia yang kenal dengan aku. aku ditegur juga konon-konon aku ni baharu dalam berkenalan dengan mereka. yang kononnya aku ni mengikut-mengikut arus perdana Twitter. kasihan aku, kasihan juga pada meraka yang sewenang-wenangnya menyakitkan bontot sendiri (kahkahkah)

aku ada Acai(yang entah mana hilang), aku ada Eg(juga yang entah mana hilang) yang perkenalkan aku pada mereka. long story to short, aku minta Al-Yankovich pilih nak ke Kuala Lumpur atau Singapura menyaksikan mereka nanti.

**********************************
hari itu hari bahagia aku. gelak ketawa syaitan aku memenuhi ruang kenderaan bersama kepu-kepul asap nikotin aku. yang cuma ada Brian, Shu dan seorang kenalan baru bernama Hafis (entah bagaimana ejaan namanya aku serius kurang pasti)

usung alat menipu dunia, usung selipar dan kasut sendiri, usung teman ke sana ke mari. aku umpama dirasuk hantu muda. mereka juga.

akan aku ciptakan satu alat supaya aku tidak tua, untuk rasa ini berulang-ulang kali. 
yang berminat boleh juga tinggalkan alamat/nombor talian yang boleh dihubungi untuk dapatkan diskaun dan promosi hebat untuk edisi pertama 'Alat Tidak Tua' aku.
hahahahahaha syaitan syaitan!

sekitar Johor Bahru,
7 Julai 2012.
Gambar oleh : Shu


No comments: