Jaga diri.

semuanya baik-baik belaka sejak peristiwa malam itu. hujan tidak, panas membahang pun tidak. rasa macam apa yang diaturkan sungguh sempurna susunannya. tanpa ada satu peristiwa yang aku akan terlepas merasa. kebetulan bahan rujukan tak berapa nak relevan ni tersangat nazak mahu diberi nafas baru, aku hantar dia ke klinik mendapat rawatan segera.

dan segera, semuanya terpadam dengan jayanya.
aku, bersyukur punya kekuatan ini.

aku jarang-jarang bersujud, jarang-jarang tunduk. aku manusia sombong. semua tindak tanduk yang dilabel semuanya memang menyombong belaka. tapi aku masih punya batas. jadi, wajarnya aku masih di tanah engkau orang ini.
aku, bersyukur juga.

aku sedang replay Kina Grannis saat menulis ini. aku rindu bermain-main dengan Jack. entah mana hilang Jack agaknya tanpa khabar berita. menyangap sungguh batin aku mahu bernyanyi bersama tali-tali nylon itu. aku betul tak pandai jaga hak milik aku sendiri. dan tanpa sedih aku melupakan barang-barang seperti Jack itu. aku tahu mungkin sudah masuk 3 bulan Jack menyumpah seranah aku, kelak mungkin dia voodoo-kan aku sebab aku menghilangkan kasih sayang aku tanpa ratap kehilangan dia.

Jack bertali-tali nylon dan sekalian manusia hiba,
aku pesan jaga diri. ini yang aku selalu sebut untuk semua. kerap kali bukan?
jadi, jagalah!
kerana aku juga sibuk benar menjaga diri sendiri.
tanpa berkira-kira.

5 comments:

Y said...

tolong jada diri sampai bila2.

Rusa said...

kau juga ya tolong jaga diri sampai bila-bila.

Asfa said...

Hai Nini.

Rusa said...

cik abang saya masih pakai number lama. sekian terima kasih haha

Asfa said...

Cik abang mana ni? *blush blush