Hari ahad yang ceria

Hari ahad yang ceria ni walaupun dengan keadaan jerebu, pagi ni kita dapat rasa cahaya matahari di Johor Bahru. taktahu kisahnya bagaimana di KL nun. harap semua dalam keadaan baik2 sahaja tak kira di mana berada.

hari ahad yang ceria ni, gopoh2 juga aku bangun ke kerja. sebab lena sangat. malas nak mampos nak pergi kerja. tapi fikirkan tanggungjawab sebab kalau aku emergency leave tiba2, orang lain yang tak kena mengena kena buat kerja aku. benda macam ni boleh mengundang marah orang je. aku bangun jugaklah, sebab kalau emergency leave rugilah aku harini. harini half day je.

hari ahad yang ceria ni, sebenarnya dari semalam dah plan nak pergi rumah mak. takde lah nak jumpa nak cuddle2 tapi nak jumpa mak sebab nak minta tunjuk ajar dengan mak macam mana nak bersihkan daging, nak potong daging. menyesal aku dulu sebelum kahwin tak belajar cara bersihkan potong daging lembu ni. kesian betul. kelakar pun ada. macam semalam bila suami minta buat sambal belacan aku cuma jawab "saya cuba yang terbaik untuk buat sebab saya tak pernah buat belacan". nasib yang ni aku pernah tahu mak ajar bahan2 yang kena guna untuk buat sambal belacan. cumanya tak sesedap mak aku buat dan tak mengikuti citarasa suami sangat. dan aku cakap lagi "saya akan improve better next time"

hari ahad yang ceria ni, jujurnya aku rindukan mak sangat2. alasan nak mintak mak ajar potong bersihkan daging ni alasan aku bagi kat mak je. tapi deep down in my heart, I miss her laiioookkeeee kreeziiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

No comments: