Dalam hidup ni, takde apa aku nak luah.

betul. aku ingat lagi aku pernah dikaunseling cikgu masa tingkatan 3. usia menginjak remaja itu mulalah nakal menjinak. taklah nakal sangat cuma lagi suka main bola jaring dari masuk kelas belajar matematik dengan cikgu hafizah (sigh). aku dan beberapa orang kawan diajak kaunseling. bermasalah mungkin kami pada pandangan mata cikgu (sigh). cikgu kaunseling lepas bertanya soalan apa masalah masalah kawan kawan lantas aku disoal, "awak pulak apa masalah?" aku jawab ringkas, "takde masalah. saya okay je"

cikgu tu memang tak puas hati. dia tahu aku bermasalah kononnya. nak bantu aku sangat katanya lagi. ditanya perihal famili aku, tentang hidup aku, tapi aku tetap, "saya takde masalah cikgu, betul" tu je yang mampu aku cakap.

famili aku taklah susah sangat, sederhanalah kiranya. mak aku kerja kilang, ayah aku bawak teksi. ada saat famili aku dalam keadaan stabil, ada saat rasa menjunam ke bawah. abang no 1 aku masa aku sekolah dia kerja kilang jugak rasanya. aku tak ingat. abang no 2 aku orangnya tak sihat jadi dia tak bekerja, adik aku sekolah lagi. memang hidup aku tak pernah mewah macam orang lain, tak pernah aku mintak duit ayah beli buku rujukan, cukuplah buku rujukan teks yang dibagi pinjam kat sekolah nun buat belajar (kononnya), baju walaupun berjenama canggih tapi still 2 tahun sekali baru tukar (hahahaha) dan kasut sekolah rasanya kasut jenama biasa je. takde duit nak mintak mintak ayah beli chuck taylor.

kadang aku nak luah sedih, orang lain lagi sedih. aku boleh rasa. terutamanya mak aku. kalau aku nak luah sangat rasa gembira, aku takut ada yang bersedih. aku pilihlah untuk tidak meluahkan apa apa. maka, aku orangnya takde masalah yang aku tetap kasi tahu kat cikgu kaunseling tadi tu "saya okay cikgu, saya takde masalah"

simple. aku taknak merungut sempit poket seluar aku. taknak aku berkira kira tentang kaya tak aku esok esok lusa nanti dengan apa yang aku buat sekarang. kalau harini aku kat bawah, biarlah aku sendiri yang meraung bukan aku meluah tak tentu hala tentang sakitnya berada di bawah. kalau aku kat atas pun taknak lah aku berkhabar khabar, macam biasa takut nanti ada yang meminta minta (hahahahaha)

maaf.

3 comments:

DY▲ Z▲I said...

:)

hanaahmad said...

dari bawah kita belajar tentang hidup. Tuhan sayang kita, dan dia mahu kita sentiasa syukur dan ingat segalanya :)

Wadi AR said...

mungkin ada hikmah tu kan rusa? rileks, dulu aku pun macam kau juga :)