Tinta buat Ayah

Abdul Aziz A.Majid
(untuk si lejen,si pemain Fender)

berhari-hari jenuhnya mengayuh. mengerah peluh.
walau sudah muak, walau minta berehat.
tetap kau terus.
walau kau tahu kau kini seperlunya menjadi raja;
memerintah wilayah. cuma.

malam ini di beranda sama kita langsung pom pang pom pang buka cerita.
cerita hari dulu engkau seorang anak peneroka,
cerita hari dulu engkau seorang penggemar ilmu,
cerita hari dulu engkau seorang muda-mudi,
cerita hari dulu engkau seorang perajurit,
cerita hari dulu engkau seorang pencinta.
semua cerita dulu, tentang engkau.
susahnya engkau,
menangisnya engkau,
jatuhnya engkau.

pada peringkat bermula dewasa ini,
aku lahirkan cinta ini juga pada engkau.
yang dahulunya pernah menyedut bendalir di hidungku waktu bayiku,
yang dahulunya mengajar aku untuk berlawan, sentiasa bertegas.
yang senantiasa mengajar aku menyucap suci kalamullah,
Ayah, walau aku pernah terlalu jauh menjalin cinta kita,
aku menadah tangan meminta-minta supaya ada aku sebuka mata engkau,
ada engkau sebuka mata aku.

diizin Al-bari',
aku punya hidup 1000 tahun membahagiakan engkau.
aku hadiahkan syurga buat segala kasih-kasih yang engkau baktikan,
aku sejukkan panasnya engkau,
aku redakan gelisahnya engkau,
aku ambil sakit-sakitnya engkau,
agar kau bersenang-senang.
aku mahu kau menjadi raja-memerintah wilayah,

Ayah,
terima kasih.
engkaulah kekasih aku yang abadi.
cinta aku yang sejati.

8 comments:

Felly Sophia said...

Suka ini. Insan paling berharga dalam hidup. :')

Btw, link blog sudah ditukar.

takoC said...

aku kena belajar dari kau barangkali.
aku masih "keras" dngan ayah. seperti susah tunjukkan rasa sayang

karenontheshore said...

indah sungguh susunan kata2. sungguh bermakna. membuatkan teringat kpd ayahanda ku jua.

nina said...

Ayah kau istimewanya di mata kau. Hebatnya dia.

ghost said...

langsung fikiranku ke seberang.

Jiwa Perempuan Gila said...

suka yang ini :)

Shu Ai said...

saya rindu nk peluk ayah saya,,,,xsaba menanti raya,,,,
terima kasih you,,,,buat saya menanggis rindukan ayah saya yang lagi tidur lena,,,,moga esok masih ada untuk saya memeluknya,,..

Rusa said...

aku mohon "ada aku sebuka mata engkau,ada engkau sebuka mata aku"