Selamat ke atas kamu !

dinda,
selamat ulang tahun kelahiran yang ke-19
sejak dilahirkan aku sentiasa menyayangi kamu.
mungkin naluri anak kecil berumur 2 tahun melihat kamu sedang berbaring manis- menjilat kepala kamu sesuatu yang amat menggembirakan.
bonda yang melihat kelakuan 'kucing palsu' menjilat kepala anaknya mungkin turut tersentuh,
kerana dia tahu kamu dilahirkan akan menjadi kesayangan aku sampai bila-bila.
maaf kiranya segala celaka, serta sial selalu menjadi mainan aku saat aku menjadi terlalu marah.
kamu kenal aku- the only sister you had !
kita selalu pegang satu janji terpatri ;
membahagiakan bonda dan ayahanda.
sama-sama kita pegang kuat-kuat janji itu.
sayang kamu dinda,
ya sayang kamu.
10 Mac 1993.

No comments: