California #1

semua orang yang sedang cuba menjadi penyelamat telah gagal menyelamat. dia terus-terusan tenggelam. entah itu angan-angan bodoh, atau satu takdir yang belum menemukan dia. bila semua tertulis pada muka si dia tentang perasan mati itu, dia jadi tersangat bodoh dan terus mahu cuba padam tulisan itu.

usaha yang sia-sia. dia sepatutnya sedar tentang kebodohan diri sendiri. dia sendiri lelah. entah bila dia mampu sedar kebodohan dia.

yang tertipu, teruskan tertipu. yang berdosa itu dia. bukan yang lain. yang tahu, cuma tumpang rasa sedih. rasa muram macam yang dia rasakan. dia berterima kasih kepada perempuan bernama Sophie itu kerana selalu sudi jadi yang terbaik mendengar segala basi-basi cinta dia.

terima kasih kekasih.

No comments: