Aku happy, tapi sedih

Inilah perasaan yang tak pernah aku ada sepanjang kehidupan aku. perasaan terlalu happy bercampur perasaan yang terlampau sedih. happy sebab aku akan berkahwin. aku sedih sangat sebab selepas aku berkahwin aku akan duduk 'jauh' dengan keluarga. terutamanya mak.

sedih bila sebenarnya hajat orang tua yang belum larat aku tunaikan setelah aku hampir masuk ke fasa perkahwinan ni. aku tak tahu mampu ke tidak aku balas segala2nya. beberapa hari tinggal, makin hari perasaan tu semakin berat menimpa. tidur tak lena, makan tak lalu. aku tak larat  nak pandang muka orang tua aku.

semoga aku diberi peluang yang banyak untuk mampu capaikan hajat orang tua aku, semoga aku masih berkesempatan balas segala2nya.

harap2 mak andam mekap kan yang light2 jelah masa majlis nikah nanti. merosakkan mekap je lepas tu menangis2 tak ingat dunia. tengah tulis ni pun sebak nak menangis, apa lagi masa majlis nanti. aku guarantee!

ha ha ha ha haihh..

No comments: