ada beberapa perkara sedih yang berlaku tapi kau jadi orang yang taktahu nak luahkan rasa sedih tu. nak jerit kuat2 orang kata gila, nak luahkan dekat orang lain tapi kau sedar kau takde orang lain boleh kau luahkan apa, nak pura2 kau tak reti lansung nak buat.

dalam keadaan macam ni, kau suka tak berdepan dengan sesiapa. kau jauhkan diri kau dari penglihatan orang lain. kau taknak berada dalam circle orang2 gembira. bagi kau dengan cara tu kau paling selesa nak luahkan rasa sedih tu. luahkan kat diri sendiri, sambil nangis teresak-esak. dan kau tak perlukan sesiapa pun.

sekarang ni mesti kau rasa bosannya kena kerja, macam nak lari jauh2 pergi tempat orang yang kau tak kenal. sebab orang2 yang tak kenal kau tu taktahu kalau2 sebenarnya kau tengah bersedih.

sekarang ni kau rasa macam nak berhenti kerja je, lepastu duduk rumah main dengan kucing!

penatnya..


2 comments:

fay azalea said...

sama. rasa macam nak duduk rumah. tulis.

Rusa said...

Kalau tak tulis. Kita tidur. Tidur pun penat tapi boleh jugak hilangkan rasa sedih