lagi?

buang  kerja sesuka hati ni boleh diibaratkan buang duit, sedangkan kau ni berstatus hamba duit. pedih dan sedih mengenangkan nasib sendiri. mula-mula nampak senang, tapi kau tahulah makin hari pada tiap-tiap jam pada tiap-tiap minit tu takde hasil dan kau mula sukar bernafas.

boleh dikatakan tiap hari kau cek akaun bank dan sentiasa berharap ada orang secara tak sengaja masukkan duit 1juta ringgit malaysia dalam akaun kau. mana lah tahu kan. keajaiban tu bukan boleh dijangka. untung-untung tak payah kerja selama setahun, pergi holiday. ahhhh bodoh sangat day dreaming ni.

tadi kau cuba call banyak syarikat merayu untuk datang interview, baru kejap kau call sana sini takde siapa yang nak angkat. rupanya kau ni sengal, sebab sekarang pukul 5. office hour (normally) its over. bodoh juga kalau bangun tidur lambat sedangkan sebelum kau boleh bukak laptop atau surat khabar kau kena siapkan rumah, make it clean and smells good. kau kena kasi budak-budak bulu makan, hari ni pulak buat kau dalam dilema sebab harini jadual kau kena mandikan budak-budak. tapi lagi rasa sebalnya bila, ada sekor je budak, budak lagi satu hilang entah ke mana. esok kena mandikan sekor budak. haih. schedule dianjak. sigh!

satu lagi hari yang tidak produktif. dan proaktif. dan sebelllllllllllllllllllllllllllll!

1 comment:

Y said...

berhenti kerja lagi ke?