Indonesia #6


aku cuma bersandar dan terdiam lesu. untuk setengah jam pertama dalam kenderaan perasaanku begitu teruja. melihat tempat ini persis tapi sedikit berbeza dengan tempatku sendiri. kalau di Kuala Lumpur sama, bangunan pencakar langit, segala mall, dan debu asap menari di ruang udara dari kenderaan2 mewah berterbangan bebas. sama.

destinasi aku sebenarnya ke Bandung. ini bukan penjelajahan. aku patut namakan bercuti. semuanya sudah tersiap. pemandu, hotel enak, dan jadual perjalanan. aku tak usah fikir perihal pengangkutan awam. blog2 teman, blog2 traveller yang lain langsung memang penuh dengan ketakutan. ini pengalaman pertama. aku bukan jenis yang suka ambil risiko. jadi, untuk menolak sebarang masalah kelak aku upah pemandu untuk ke sana ke mari.

selepas setengah jam pertama, mata aku kembali stim. minta diusap-usap agar melayang ke sorga. ah! terus, perjalanan dari kota Jakarta ke Bandung memakan masa cuma 2 jam (atau lebih sebab jammed). sepanjang perjalanan, aku masih rasa persis tempat ini seperti perjalanan dari Johor ke Melaka melalui highway. takde beza. yang lainnya, tanda-tanda amaran yang sedikit keliru penggunaan bahasa. hahahahaha berbeda amat tapi aku tahu maksudnya sama je.

mata stim membunuh terus rasa teruja. letih aku dari Johor ke Kuala Lumpur dari Kuala Lumpur ke Sepang dari Sepang ke Jakarta dan dari Jakarta ke Bandung memang tak hilang. aku lena dalam kenderaan.

selamat istirehat Rusa, be good.


highway(taktahu nama) Jakarta-Bandung
10hb Feb 2013
****tak tengok jam WIB

1 comment:

ewanthology said...

sebuah travelog untuk kenang kenangan