kids, grow-lah and serve you right!

kita doa untuk hidup yang baik-baik atas bumi ni. kita nak capai tahap tertinggi kejayaan dalam hidup kita ni. tapi kalau tak usaha and hangat-hangat tahi ayam, takde apa yang boleh kita ubah.

kita kadang-kadang mencuba, tapi cubaan yang langsung tak bersungguh-sungguh. aku sendiri pun macam tu. aku nak berjaya, aku nak jumpa ramai orang, aku nak belajar banyak benda. tapi aku, masih duduk bawah satu company dengan orang-orang gila. aku pun sendiri tak pernah nak cuba move on, well, kata hati aku belum cukup kuat mengawal tindakan aku. pathetic! 

semalam aku berjumpa dengan seorang kawan lama. yang almost 10 years mungkin tak berjumpa. panjang cerita kami sampai pukul 3pagi bercerita tak sedar masa berlalu. she was a succesful women now. she's only 21 years old. she's great, superb, dia semacam hadiah dari Tuhan untuk aku. untuk aku perbetulkan jalan hidup aku, untuk aku berubah menjadi sesuatu yang terbaik untuk diri aku sendiri. dengan izin Tuhan.

aku respect anak-anak orang susah, dapat sambung belajar atas tajaan, tak mintak duit mak ayah, bekerja cuma gunakan otak, berdiri sendiri, berdiri sendiri, berdiri sendiri, dan dekat dengan Tuhan. 

lupakan anak-anak orang kaya, yang pompang pompang cerita dengan aku itu ini, yang masuk kolej, bayar kolej berpuluh-puluh ribu untuk dapat sijil yang diiktiraf. kau tak special, kau cuma bertuah sebab lahir daripada keluarga yang boleh beli semua benda. kau kau, aku aku lah.

aku nak jumpa lagi hadiah yang Tuhan berikan untuk aku tu. supaya kelak, aku mampu menjadi hadiah kepada orang lain pulak. dengan izin Tuhan. 





2 comments:

karenontheshore said...

jgn henti cuba. jgn x berani. cuba smpai jaya.

'if u never try then u will never know' - chris martin

ghost writer said...

terus semangat yuk... kenal kehidupan harus berada dalam kehidupan yang sebenar.