Pinta aku kamu merdeka
semoga senang lapang hadapanmu
walau, doa hari-hariku cuma untuk kesayanganku
aku masih mahu yang baik-baik untuk kamu.
memaafkan apalagi melupakan bukan mudah
aku mahu menjadi bara api yang dingin tersejuk
aku mahu menjadi harum-harum bau lembut
namun, masih itu kegagalanku.
pintalah aku sedar
pintalah agar aku mahu membuka tingkap walau sekecil untuk memaafkan
semoga aku, setenang kamu.
-Rusa
No comments:
Post a Comment