Mabuk-mabuk


aku tak suka tengok tv. biasanya aku mengadap laptop kalau aku cuti. kalau aku takde kat rumah mengadap laptop, aku mesti kat luar mengadap muka kawan-kawan yang aku suka. tapi kalau aku keluar mengadap muka kawan-kawan yang aku suka pun sebenarnya takde aktiviti apa melainkan makan-makan-makan-makan-makan, sembang kosong, tengok manusia, masuk bookstore, dan tengok muka masing-masing. lagi.

boring. ya aktiviti yang berbunyi boring.

tapi asal kita sama-sama lagi, kombinasi ketawa kita makin padat. imaginasi kita juga makin kuat. kadang aku rasa syaitan pun malu nak duduk sama-sama berfikir jahat macam yang selalu kita fikirkan.

cuma ingatlah, hidup memang selalu gembira kalau tak reti ingat mati.
but, why so serious? 


2 comments:

SaddLone said...

mabuk mabukan selalunya bahagia.

Yaya said...

Orang yang sendu tiap masa tu pun sama jugak tak igt mati. Sikit2 nak sedih. Terajang kang!

Kahkahkah.