Indonesia #1

sementara punya rasa bahagia, kadang aku banyak lupa tentang perihal yang menyakitkan itu. aku turut belakangkan yang dipanggil kawan waktu-waktu aku kurang ceria dan perlukan teman bicara. aku mudah lupa juga beberapa perkara kecil yang mampu buat aku senyum sumbing waktu aku bosan tiada teman.

kalau kau kawan, tegurlah aku. ingatkan aku selalu bahawa kau juga aku perlukan saat aku jatuh duduk dahulu, ingatkan aku lagi tentang kedudukan kau waktu aku sedang berasa bosan dan perlukan liburan. ingatkan aku sentiasa kau punya hati yang perlu dijaga, ingatkan aku bahawa hati itu memang perlu selalu dijaga.

maaf ye?

4 comments:

ghost writer said...

hai Nini. meskipun aku bukan kawan yang kau maksudkan itu, tak salah kalau aku tegur. :)

Rusa said...

siapa2 juga dialukan untuk menegur. terima kasih :)

Felly Sophia said...

Kalau bahagia dengan kawan, rasa itu tetap boleh dibawa terbang ke awan.

Perempuan Kool said...

Ni aku nak tegur ni. Dah lekat ke? Cc Edzwan Shah.

Kakakakaka.