California #5

waktu-waktu cuti begini selalunya dia akan ke Cold Storage untuk mencari sedikit barang-barang dapur. tapi entah kenapa letih benar sendi-sendi otot badannya untuk keluar. mungkin akibat kesibukkan di pejabat yang memberi terlalu banyak tekanan kepada dirinya.

dia mendail nombor antarabangsa di telefon bimbitnya. tapi tiada jawapan. sekali lagi mencuba. gagal. dia mengeluh panjang. sarat sungguh rasa bebanan rindu yang ditanggung kepada kedua orang tuanya. sesekali waktu cuti begini ingin sekali dia meluahkan rasa rindu itu, namun hampa.

*I wanna I wanna I wanna touch you, you wanna touch me too
kedengaran telefon bimbitnya berdering.

"ma, where have you been?"
"mama solat tadi. papa nak cakap dengan awak ni" belum sempat dia berkata kedengaran di hujung talian suara garau papanya.
"honey, papa miss you. guess what I bought yesterday?"
"pa !!!!!!!!!!!!!!!"
"what? honey tak mahu cakap dengan papa ke? papa beli baju Chelsea. Aboi yang tolong carikan untuk papa. but a bit sempit lah. papa maybe dah gemuk ni" rancak benar papanya berkata-kata siap dengan hilai ketawa yang begitu bahagia. langsung tiada ruang untuk dia ucapkan apa yang terbuku di fikirannya sejak dua minggu lepas. segala yang ingin diluah mati begitu sahaja. muram.
"jagalah makan. pa, may I speak to mama?"
"I think you better call next time. mama tengah rancak berbual dengan opah awak. next week kita semua nak pulang Melaka. ada kenduri arwah abang Ronny awak. oh by the way, you tahu auntie Mai dapat twin. oh, papa teringin nak ada cucu lah. bila agaknya Danie nak kahwin ya?"
"oh really? someday. kita tunggu lah. papa pergi sana carikan dia jodoh, Danie tu takde mata air sebab poyo sangat. pa, I think I got to go. need to go out buy something before it turns to dark. catch you later. kirim salam semua ya? I love you papa". palsu
"okay. take care honey. assalammualaikum" belum sempat dia menjawab salam, talian dimatikan.

rasa sundal benar nafsu amarahnya. air mata mula bergenang. bukan itu yang dia harapkan khabar dari orang jauh. tiada langsung nada-nada prihatin untuk dia. mungkin ini agaknya balasan kepada apa yang dia impikan. terpisah jauh dari sekelian darah daging, dari tanah air untuk mengejar semua mimpi-mimpinya sejak kecil. mungkin ini benar hidup orang asing di negara asing.

dia mencapai rain coat, menyalakan rokok dan keluar dari apartmentnya. keluar mencari sesuatu yang mampu membuat hati duka laranya kembali pulih. lantas Sam bermain di fikiran.

No comments: