California #4

hilai ketawa mereka, dia tidak mengendahkan. yang dia tahu dia cuma datang ke sini untuk mencari rezeki. mencari makan untuk mengisi ruang-ruang hidup. membeli pakaian yang cukup. juga untuk mengirim wang untuk papa dan mamanya yang kini berada jauh di negara tempat kelahirannya.

hidup menjadi perantauan yang dia selalu dambakan sejak dia kanak-kanak lagi bukanlah sesuatu yang dikatakan indah. dia mahu pulang lagi. mahu sentiasa berada di bawak ketiak mama. mahu mengganggu waktu tidur mama. mahu senang duduk dalam kereta papa yang sentiasa menunaikan permintaannya. mahu hidu asap rokok busuk papa. dia mahu bersama keluarga lagi. dia mahu lupakan cita-citanya. dia mahu pergi.

tapi, seperti ada sesuatu yang selalu berbisik halus ke corong pendengarannya. seperti ada yang menarik-narik kakinya supaya dia tidak harus meninggalkan tempat ini. walaupun dia lelah, dia kadang kala seperti terpaksa membiarkan suara-suara sundal itu terus berada di benak kepala. membiarkan suara-suara durjana itu baring dan tidur lena di fikiran serta tubuhnya yang kian kurus dari hari ke hari.

dia akur. hidup sebagai orang asing di lubuk rezeki manusia asing ini memang tiada yang begitu indahnya.

No comments: